Selain pengumuman berkaitan dengan Nexus 7, pihak Google turut sama mengumumkan mengenai sistem operasi terbaru mereka, iaitu Android 4.3 Jelly Bean. Melaluinya, ia menyertakan beberapa kemaskini kecil berbanding versi sebelumnya.
Pada Android 4.2, pihak Google telah memperkenalkan sokongan multi-user, dan pada Android 4.3 ini mereka menambah baik sokongan tersebut dengan fungsi restricted content, membolehkan pemilik mengawal aplikasi dan kandungan yang dibenarkan untuk sesuatu pengguna. Perkara ini mungkin berguna bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan ingin mengawal kandungan yang dipaparkan kepada mereka.
Disamping itu, fungsi ini juga membolehkan pelbagai aplikasi turut hadir dengan fungsi yang terhad, dimana paparan pembelian dalam aplikasi boleh dimatikan, sekaligus mengelakkan pembelian dilakukan oleh mereka yang tidak dibenarkan.
Selain itu, pihak Google turut menambah baik sokongan Bluetooth dan juga OpenGL ES 3.0 bersama-sama dengannya. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti yang dihubungkan dengan lebih baik, disamping OpenGL pula membawakan sokongan grafik yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Beberapa fungsi lain turut disertakan bersama-sama dengan Android 4.3 termasuk sokongan kawalan WiFi dan sebagainya.
Kemaskini Android 4.3 akan diperkenalkan untuk para pengguna peranti Nexus, dan turut akan hadir ke peranti Google Edition (HTC One dan juga Samsung Galaxy S4) tidak lama lagi.
0 komentar:
Posting Komentar